MENGENAL WALI-WALI ALLAH DAN KAROMAH MEREKA. |
Dalam setiap era kemodenan, kehidupan manusia sentiasa
berkembang ke arah kesempurnaan, sehingga terwujudlah adat-istiadat,
pengetahuan, budaya, moral,
kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan, undang-undang dan
pemerintahan. Dalam perkembangannya, aturan moral ini tetap mengalami
pasang surutnya. Namun, setiap kali mengalami masa surutnya, pasti akan
muncul insan-insan yang digelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang
untuk mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi, sehingga
nilai-nilai ini diserapi kembali ke dalam jiwa manusia. Perkembangan
adat dan nilai akhlak ini terjadi pula dikalangan dunia Islam sejak
Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa Nabi saw mempunyai moral yang
paling sempurna . Nabi s.aw.pun mengenalkan dirinya sebagai utusan yang
akan menyempurnakan keperibadian moral dan akhlak.Justeru itu, Allah
s.w.t. telah menyeru umat Islam untuk menjadikan RasulNya sebagai insan
yang sentiasa dicontohi.Nabi Muhammad s.a.w. telah berhasil membina
sahabatsahabatnya menjadi manusia-manusia sufi yang boleh dibanggakan di
hadapan seluruh umat manusia. Padahal pada waktu sebelumnya mereka
adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di tepi jurang neraka.
Tentunya keberhasilan beliau itu tidak lain karena bantuan Allah dan
bimbingan Baginda s.a.w.Dalam kehidupan sehariannya Nabi s.a.w. menyeru
dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu prihatin,berharap
penuh keridhaan Allah dan kesenangan di akhirat, dan selalu menjalani
kehidupan sufistik dalam segala tingkah laku dan tindakannya. Kehidupan
sufistik ini dilanjutkan oleh generasi tabi’in, tabi’-tabi’in dan
seterusnya hingga kini.Perjuangan Rasulullah s.a.w. tidak berhenti
setakat masa hidupnya sahaja, namun segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai
akhlak Islamiyah telah diwarisi oleh wali-wali yang sentiasa mendokong
dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. sepertimana yang disifatkan
oleh Allah s.w.t. dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi :
“Wali-waliKu berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku”.
Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka
merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di
mana sahaja terdapat orang yang beriman. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah mereka
sebagaimana tercatit dalam kitabnya
Fatwa Ibnu Taimiyah :
“Wali Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah.
Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri
mereka dan mereka tidak merasa khuwatir. Mereka beriman dan bertaqwa
kepada Allah, bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya,
penciptaanNya, izinNya, dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang
lingkungan agama. Semua itu kadang-kadang menghasilkan berbagai karamah
pada diri mereka sebagai hujjah dalam agama dan bagi kaum muslimin, tetapi karamah tersebut tidak akan pernah ada kecuali dengan menjalankan syariat yang dibawa Rasulullah s.a.w.”
Kedudukan wali hanya dapat diberikan kepada orang-orang yang telah
nyata ketaqwaannya. Sementara orang yang nyata telah melanggar syari’ah
tidak dapat diberikan kedudukan yang mulia ini.
Sayangnya, di kalangan manusia, ada orang yang mengaku bahawa dirinya
adalah wali dan memperoleh karamah dari Allah, padahal dalam
kehidupannya sehari-hari mereka tidak melaksanakan syariat Islam dengan
baik sehingga mustahil bagi Allah untuk memberikan darjat ‘wali’ kepada
orang seperti ini.
Yang perlu diwaspadai juga, syaitan pun dapat membantu manusia untuk
mewujudkan keajaiban-keajaiban di mata manusia. Itulah yang dinamakan
sihir. Syaitan pun berupaya membantu seseorang menghilang dirinya dari
pandangan orang lain, dan juga memberi maklumat kejadian yang akan
datang. Dan inilah yang
sering dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak beriman untuk menipu
manusia. Maka, peri pentingnya bagi umat Islam mengetahui juga akan
perkara-perkara luar biasa yang wujud di alam ini supaya dapat
membezakan antara yang hak dan yang batil. Para wali-wali Allah juga
diberi kurniaan yang luar biasa dikenali sebagai Karamah.
Karamah adalah sesuatu pemberian Allah swt yang sifatnya seakan-akan
dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan hal-hal
yang luar biasa yang diberikan kepada orangorang yang dikasihiNya yang
dikenal sebagai wali Allah. Mudah-mudahan dengan pembentangan secebis
pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu
keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat
kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.
PENGERTIAN WALI
DARI SEGI BAHASA
Wali dari segi bahasa bererti:-
1. Dekat. Jika seseorang sentiasa mendekatkan
dirinya kepada Allah, dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan
ibadah, dan Allah menjadi dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan
pemberianNya, maka di saat itu orang itu menjadi wali.
2. Orang yang senantiasa dipelihara dan dijauhkan Allah dari perbuatan maksiat dan ia hanya diberi kesempatan untuk taat sahaja.
Adapun asal perkataan wali diambil daripada perkataan al wala’ yang bererti : hampir dan juga bantuan. Maka
yang dikatakan wali Allah itu orang yang menghampirkan dirinya kepada
Allah dengan melaksanakan apa yang diwajibkan keatasnya, sedangkan
hatinya pula sentiasa sibuk kepada Allah dan asyik untuk mengenal
kebesaran Allah. Kalaulah dia melihat, dilihatnya dalil-dalil kekuasaan
Allah. Kalaulah dia mendengar, didengarnya ayat-ayat atau tandatanda
Allah.Kalaulah dia bercakap, maka dia akan memanjatkan puji-pujian
kepada Allah. Kalaulah dia bergerak maka pergerakannya untuk mentaati
Allah. Dan kalau dia berijtihad, ijtihadnya pada perkara yang
menghampirkan kepada Allah. Seterusnya dia tidak jemu mengingat Allah,
dan tidak melihat menerusi mata hatinya selain kepada Allah. Maka inilah
sifat wali-wali Allah. Kalau seorang hamba demikian keadaannya, nescaya
Allah menjadi pemeliharanya serta menjadi penolong dan pembantunya.
Siapakah yang digelar wali?
1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin menyatakan “ Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat”.
2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah.
Baginda mengatakan “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat Allah”.
3. Abu Bakar Al Asam mengatakan “Wali-wali Allah itu
adalah orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula menjalankan
kewajiban penghambaan terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru
manusia kepada Allah”.
PENGGUNAAN ISTILAH WALI DALAM AL-QURAN.
“Allah adalah wali bagi orang-orang yang beriman”.1
“Dia menjadi wali bagi orang-orang shalih”.2
“Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas orang-orang kafir”.3
1 Surah Al-Baqarah: 257
2 Surah Al-‘Araf: 196
3 Surah Al-Baqarah: 286
“Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalah wali bagi orang-orang yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi mereka”.4
“Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya”.5
4 Surah Muhammad: 11
5 Surah Al-Maidah: 55
Dari semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali, orang mukmin disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali.
Demikian juga orang yang lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya
sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka keluarga
tersebut itu juga dipanggil wali. Penguasa pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali. Lantaran itu dapatlah kita mengambail kesimpulan makna yang luas sekali dari kalimat wali ini.
Terutama sekali ertinya ialah hubungan yang amat dekat (karib), baik
kerana pertalian darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau
kerana kedudukan, atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang
karib. Allah adalah wali dari seluruh hambaNya dan makhlukNya, kerana
Dia berkuasa lagi Maha Tinggi. Dan kuasaNya itu adalah langsung. Si
makhluk tadi pun wajib berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari
Allah. Kalau Allah sudah nyata tegas dekat atau karib kepadanya dia pun
hendaklah beraqarrub, ertinya mendekatkan pula dirinya kepada Allah.
Maka timbullah hubungan perwalian yang timbal balik. Segala usaha
memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa, menegakkan ibadah kepada Allah
menurut garis-garis yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya, semuanya
itu adalah usaha dan ikhtiar mengangkat diri menjadi wali Allah. Segala
amal salih, sebagai kesan dari iman yang mantap, adalah rangka usaha
mengangkat diri menjadi wali.
Dari Segi Penggunaan
Wali pada mafhumnya bererti :-
1. Seseorang yang senantiasa taat kepada Allah tanpa menodainya dengan perbuatan dosa sedikitpun.
2. Seseorang yang sentiasa mendapat perlindungan dan penjagaan,
sehingga ia senantiasa taat kepada Allah tanpa melakukan dosa sedikit
pun, meskipun ia dapat melakukannya.
DALIL-DALIL WUJUDNYA WALI ALLAH DARI ALQURAN DAN AS-SUNNAH
Dari Al-quran
Pertama
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu,
tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih
hati. Mereka itu ialah orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia
dan akhirat”6
6 Surah Yunus: 62- 64
Dalam ayat ini Allah swt. menyatakan bahawa para wali-wali Allah itu
mendapat berita gembira, baik di dunia mahu pun di akhirat. Apakah yang
dimaksudkan dengan berita gembira (Busyra) itu?
Pengertian Al-Busyra (Berita Gembira)
Yang dimaksudkan dengan berita gembira di kehidupan dunia adalah:
1. Mimpi yang baik seperti yang tersebut di dalam hadis:
“Al busyraa adalah mimpi yang baik yang dilihat oleh seorang mukmin atau yang diperlihatkan baginya”7
“Mimpi yang baik adalah seperempat puluh enam bahagian dari kenabiaan.”
2. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang
gembira di dunia ialah turunnya malaikat untuk menyampaikan berita
gembira kepada seseorang mukmin yang sedang sakaratul maut.
3. Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang
gembira di dunia ialah turunnya malaikat kepada seorang mukmin yang
sedang sakaratul maut yang memperlihatkan tempat yang akan disediakan
baginya di dalam syurga, seperti yang disebutkan dalam firman Allah
swt.:
7 Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim, menurut Al Hakim hadis ini sahih
“Para malaikat turun kepada mereka sambil mengatakan:
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu susah dan
bergembirakah kamu dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada
kamu”8
8 Surah Fushshilat: 62
4. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang
gembira di dunia ialah pujian dan kecintaan dari orang banyak kepada
seorang yang suka beramal saleh, seperti yang disebutkan dalam hadits
berikut:
“Abu Dzar menuturkan bahawa ada seorang yang bertanya kepada
Rasulullah: “Apakah pandanganmu jika ada seseorang yang suka beramal
saleh, sehingga ia dipuji oleh orang ramai?” Sabda beliau: “Itu adalah
berita gembira kepada seorang mukmin.”
5. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang
gembira di dunia ialah karamah dan dikabulkannya segala permintaan
seorang mukmin ketika ia masih di dunia, sehingga segala keperluannya
dipenuhi oleh Allah dengan segera. Seorang ulama berkata: “Jika seorang
mukmin rajin beribadah, maka hatinya bercahaya, dan pancaran cahayanya
melimpah ke wajahnya, sehingga terlihat pada wajahnya tanda khusyu’ dan
tunduk kepada Allah, sehingga ia dicintai dan dipuji oleh banyak orang,
itulah tanda kecintaan Allah kepadanya, dan itulah berita gembira yang
didahulukan baginya ketika ia di dunia.”
Semua keterangan di atas adalah benar. Sedangkan berita gembira yang
sebenarnya adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada seorang
mukmin untuk rajin beribadah dan keasyikannya untuk beramal saleh.
Manakala, yang dimaksudkan dengan berita gembira di akhirat ialah:
1. Syurga beserta segala macam kesenangannya yang bersifat abadi, seperti yang disebutkan dalam firman Allah yang ertinya:
“Iaitu pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan
perempuan, sedangkan cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah
kanan mereka, (dikatakan kepada mereka):
“Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah
kejayaan yang besar.”9
9 Surah Al Hadiid: 12
2. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita gembira
di akhirat ialah sambutan baik dari para malaikat kepada kaum Muslimin
di akhirat, iaitu ketika mereka diberi berita gembira dengan
keberhasilan, diputihkannya wajah-wajah mereka dan diberikannya buku
catatan amal-amal mereka dari sebelah kanan dan disampaikannya salam
dari Allah kepada mereka dan beberapa berita gembira yang lain.
TANDA-TANDA WALI ALLAH
1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: “Ia pernah mendengar Rasulullah
saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu
adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan
Akupun mengingati mereka.”10
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Dari Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika
dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”11
11 Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: “Pada suatu kali
Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang
menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis,
wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw
bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang
bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka
tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak
dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”12
12 Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah swt berfirman: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu,
tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih
hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertaqwa.. Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13
Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang
adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali
kepada Allah ketika ditimpa bencana.”14
13 Surah Yunus: 62 – 64
14 Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah
ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para
syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti
kedudukan mereka di sisi Allah.”
Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa
amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling
kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun
harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya,
mereka berada di atas mimbarmimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut
dan susah.”
Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”15
15 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah saw
bersabda:
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan
menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat
marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”16
“Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah,
berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika
manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka
ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai
mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian
sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi
untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal
kerana takut akan shubhahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya
dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah
mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat
beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan
mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka.
Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian
Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu
Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang
menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang
berat.”17
16 Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
17 Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
7. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar ra, katanya:
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai
hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam
afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke
dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di
hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan
mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.”18
18 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6
8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini
tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah
dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan
punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan
dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang
mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di
sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan
syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka.
Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan,
mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di
dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah
khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’I kepada agamaNya yang
lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”19
19 Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80
9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para
siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu
merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan
memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka
Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka,
maka Aku murka kepadamu. “ Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa
tanda-tanda mereka?”
Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka,
seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih
sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung
merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah
diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta
dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka
merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat,
menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk,
ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku
beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati
mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia.
Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan
mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan
wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku
berikan kepada mereka?”20
20 Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358
10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah
saw bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada
di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika
mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis
secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka
suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah
Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka
suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka
selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia,
meskipun mereka tidak dipedulikan orang.Mereka berjalan di muka bumi
dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu
berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka
mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an
dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya.
Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka
memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan
mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit.
Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia,
tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan
akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia,
tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau
menyebutkan firman Allah yang artinya:“Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”21
21 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16
11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda:“Berapa banyak
manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia
berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah
seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai
Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’
berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.”
Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya
Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku
dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur
sebagai syahid.
12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:
“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan”,
pada telinga seorang yang pengsan, maka dengan izin Allah, orang itu
segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya kepadanya: “Apa yang
engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku tadi membaca
firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum‘abathan” sampai
akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin
kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung
itu akan hancur.”22
22 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7
BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MENJADI WALI ALLAH
Sesesorang itu menjadi wali dengan salah satu dari dua cara iaitu:-
1. Kerana Kurnia Allah
Adakalanya seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia dari Allah
meskipun ia tidak pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid. Allah
berfirman:
“Allah menarik kepada agama ini orang yang di kehendakiNya dan
memberi petunjuk kepada agamaNya orang yang suka kembali kepadaNya.”23
23 Surah A-Syuara’ : 13
2. Kerana Usaha Seseorang
Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:
“Allah berfirman: “Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku akan
mengumumkan perang kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang
mendekat dirinya kepadaKu dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal
sunnah sehinggai Aku menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya,
tangannya dan kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau
memohon perlindungan, maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya
dan melindunginya. Belum Aku merasa berat untuk melaksanakan sesuatu
yang Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seorang mukmin yang
takut mati, dan Aku takut mengecewakannya.”24
24 Hadis riwayat Al-Bukhari
APAKAH SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG WALI?
Tentang hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di antara mereka,
ada yang berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui bahawa
dirinya adalah seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya
tentang dirinya dapat menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia
merasa senang.
Tetapi, ada pula yang berpendapat bahwa seorang wali tahu bahwa
dirinya seorang wali. Syeikh Al Qusyairi berkata: “Menurut kami, tidak
semua wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang
mengetahui bahawa ia adalah seorang wali. Jika seorang wali mengetahui
bahwa dirinya seorang wali, maka pengetahuannya itu adalah sebahagian
dari karamahnya yang sengaja diberikan
kepadanya secara khusus.”25
25 Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662
TINGKATAN PARA WALI ALLAH
Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan
mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi
martabat berlainan. Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya
sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang wajib
diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya
tidak wajib diketahui. Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula
lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’,
iaitu Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s.
Para Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza. Namun tidak ada
siapa yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yang
tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para
nabi dan Rasul. Seperti dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yang
diutus kepada manusia harus membuktikan bahawa mereka dibekalkan oleh
mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tetapi para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia
melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para
Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka,
kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja. Sebab itu para Aulia
tidak dapat dikenal pasti yang lebih tinggi martabatnya daripada yang
lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai. Mungkin martabat para
Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah
mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika
terdesak. Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa
tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah
swt. Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya,
tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dengan hal ini,
Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan
dan pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:
PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang
mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab
adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat
tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu
Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka
ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan
taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur
Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz
dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang
mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang
dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka
yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang
pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami
menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka
tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka
bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang
mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya
ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh
Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini
mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal.
Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh
yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah
bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan
apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin
Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat
kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam
dan mengasingkan diri”.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang
mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap
masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah
mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga
diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang.
Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib
seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya
hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap
rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu
membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang
mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu
disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai.
Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah
para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah
hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah
mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang
mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang
sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka
kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair
Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang
dikatakan oleh sabda Nabi: “Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”. Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata
demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat
wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang
berani dan pandai berhujjah.
8. Al-Rajbiyun
Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab.
Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab
hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali
biasa seperti semula. Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh
orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di
antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.
Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat
melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah yang
mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu
keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua
ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat
lain. Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika
keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata: “Aku lihat
kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan
membenci para sahabat Nabi”. Ketika berita itu disedari kebenarannya
oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun
kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.
Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun
menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota
tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai
pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada
orang lain. Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab.
Setelah bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti
semula.
9. Al-Khatamiyun
Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang
mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat AlKhatamiyun
adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang. Tidak ada
darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini.
Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa
as.datang kembali.
Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah
mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi saw: “Mereka berhati seperti
hati Adam as”. Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah swt. Syeikh
Muhyidin berkata: “Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang
saja dikalangan umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain.
Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap
masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka
mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka
selalu diterima oleh Allah.
Mereka senang dengan doa: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka
menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan
kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang
rugi”. Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh as.
Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka
seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama.
Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya: “TuhanKu,
ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang
beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan
Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali
kebinasaan”. Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab
ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi
Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi saw yang ertinya:
“Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas,
maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.
Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah
wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah
saw pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka
suka dengan doa
Nabi Ibrahim as yang ertinya: “Tuhanku, berikan kepadaku
kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang salih”. Mereka diberi
keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu,
rasa dengki dan rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka
terlindung dari sebarang perbuatan buruk. Syeikh Muhyiddin berkata:
“Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum
dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian
hatinya, sampai aku beranggapan bahwa kesenangan syurga telah
dipercepatkan baginya”. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati
Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam
setiap zamannya. Rasulullah saw pernah menyebut tentang mereka dalam
salah satu sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan
kepada malaikat Jibril yang amat kuat.
Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril.
Dan malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka
selalu terpimpin. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati
Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam
setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemahlembut terhadap semua
orang, dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail. Di antaranya
pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya
ada satu orang sahaja dalam setiap zamann. Nabi saw pernah menyebut
tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami,Syeikh
Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali ini.
Termasuk juga Nabi Isa as. Syeikh Al Muhyiddin berkata: “Di antara
tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan
mereka sangat tinggi di sisi Allah swt”. Di antaranya pula ada yang
diberi hati seperti hati Nabi Daud as. Jumlah mereka di setiap masa
hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan,
kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.
10. Rijalul Ghaib
Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau
manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di
setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak
berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa
bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga
keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka
selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan
dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri. Di
antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka
hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu
menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala
penyimpangan.
Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau
berkata kepada murid-muridnya: “Tampilkan kepada manusia tanda redha
kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan
perlihatkan
kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang
zahiriyah mahupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam
firmanNya berikut:
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur”26
26 Surah Adh Dhuha: 11
11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah
Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya
orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan
orang sahaja di setiap zaman. Wali jenis ini mempunyai keistimewaan,
iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang
yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh
kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad
Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul
Ilahiyah. Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan
tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zaman. Meskipun watak
mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang
suka berbuat kebajikan.
12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi
Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya
mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada
lima belas orang di setiap zamannya. Mereka selalu bersikap kasih sayang
terhadap manusia baik terhadap yang kafir mahupun yang mukmin. Mereka
melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka
dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.
13. Rijalul Haibah Wal Jalal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali.
Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa. Jenis wali tingkatan
ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengkagumkan, meskipun
sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui mereka akan
tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang
yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti
Nabi Muhammad saw, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi
Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata: “Aku pernah
menemui wali golongan ini di kota Damsyik”.
14. Rijalul Fathi
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi. Ertinya
rahsia-rahsia Allah swt selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka hanya
ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan bilangan jam,
yaitu 24 orang. Meskipun demikian, mereka tidak pernah berkumpul di
satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan
terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata mahupun yang rahsia.
15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma’arij Al ‘Ula.
Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka termasuk
wali-wali tingkatan tinggi, hamper setiap saatnya mereka naik ke alam
malakut, mereka adalah orang-orang pilihan.
16. Rijalu Tahtil Asfal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal,
iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak
lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati mereka
selalu hadir di hadapan Allah.
17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni,
iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak
lebih dari tiga orang di setiap masa. Mereka selalu mendapat pertolongan
Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka dikenal lemah
lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan
anugerah-anugerah Allah kepada manusia. Pokoknya, adanya mereka
menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kepada makhlukNya.
18. Ilahiyun Rahmaniyun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun,
iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa.
Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa. Sifat mereka seperti
wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran
mereka suka mengkaji firman-firman Allah.
19. Rijalul Istithaalah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah, iaitu
manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah mereka
hanya seorang dalam setiap masa. Yang termasuk kelompok ini adalah
Syeikh Abdul Qadir Jilani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka
sangat ditakuti.
20. Rijalul Ghina Billah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah,
iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun.
Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat
siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak memerlukan
kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.
21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid.
Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya. Mereka senantiasa
meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang ghaib. Seluruh
hidup mereka terlihat aktif di semua aktivitas ibadah.
22. Rijalul Isytiqaq
Diantaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq,
iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima
orang di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat
di siang hari dan di malam hari.
23. Al-Mulamatiyah
Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah.
Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya
adalah Nabi Muhammad saw. Mereka sangat berhati-hati dalam melaksanakan
syariat Islam. Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang tepat.
Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada Allah.
Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak
terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada kalanya pula
jumlah mereka berkurangan.
24. Al-Fuqara’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’.
Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri
khas mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan
Allah.
25. As-Sufiyyah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah.
Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya membesar dan ada kalanya pula
berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi
pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan
kebajikan-kebajikan yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.
26. Al-‘Ibaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al ‘Ibaad. Mereka
dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah. Pokoknya, ibadah
merupakan kegiatan mereka sehari-hari, mereka suka mengasingkan diri di
gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai. Di antara mereka
ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua
kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di malam hari
merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini adalah tempat
untuk menyuburkan amal-amal di akhirat. Abu Muslim Al Khaulani adalah di
antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika
beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata:
“Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang ternakanku”.
27. Az-Zuhaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad.
Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi.
Mereka mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya
sedikitpun, sebab, seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah.
Sayyid Muhyiddin berkata: “Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong
dari wali tingkatan ini”. Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi,
seorang ahli ibadah di masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az
Zuhad. Pada suatu hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat
Syeikh Abdullah seraya berkata kepadanya: “Wahai Syeikh Abdullah, apakah
aku boleh solat dengan pakaian kebesaranku ini?” Mendengar pertanyaan
itu, Syeikh Abdullah tertawa. Tanya si penguasa: “Mengapa engkau
tertawa, wahai Syeikh? Jawab Syeikh Abdullah: “Aku tertawa kerana
lucunya pertanyaanmu tadi, sebab mengapa engkau bertanya kepadaku
seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta yang haram?”
Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa menangis
dan menyatakan taubatnya kepada Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan
kekuasaannya demi untuk mengabdikan diri kepada Syeikh Abdullah,
sehingga beliau berkata: “Mintalah doa kepada Yahya Bin Yafan,
sesungguhnya ia adalah seorang penguasa dan seorang ahli zuhud,
andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak dapat
melaksanakannya”.
28. Rijalul Maa’i
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa’i.
Mereka adalah para wali yang senantiasa beribadah di pinggir-pinggir
laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka
mengasingkan diri. Disebutkan, bahwa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah
berada di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak:
“Apakah ada di antara hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?”
Tiba-tiba ada seorang yang muncul dari dalam air seraya berkata: “Ada,
wahai Abu Saud. Di antara hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di
dalam air dan aku termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri
Takrit, aku sengaja keluar, kerana beberapa hari mendatang akan terjadi
musibah di negeri Baghdad”. Kemudian ia menghilang ke dalam air. Kata
Abu Saud: “Ternyata tidak lebih dari lima belas hari musibah memang
terjadi.”
29. Al-Afrad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad.
Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah
Syeikh Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani.
Mereka ini jarang dikenal manusia awam, kerana kedudukan mereka terlalu
tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka
meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.
30. Al-Umana’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana’ artinya
orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah
Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi saw:
“Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara
umat ini”. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia,
kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.
31. Al-Qurra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra’.
Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini
termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al
Quran. Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi
termasuk di antara mereka.
32. Al-Ahbab
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab,
iaitu orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas,
adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan. Mereka mencapai
tingkatan ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub
kerana cinta kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari
ibadah yang berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi
mereka, mereka mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.
33. Al-Muhaddathun
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun,
iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits
Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah. Maka Umar
Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin Ibnu
Arabi ra berkata: “Di zaman kami ada pula wali-wali Al Muhaddathun, di
antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i”. Para
wali yang tergolong dalam golongan ini senantiasa mendapat
bisikan-bisikan rohani dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril,
Mikail, Israfil dan Izrail, sebab rohani mereka sudah dapat menembus
alam arwah atau alam malakut.
34. Al-Akhilla’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla’.
Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah yang
mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka tidak
terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.
35. As-Samra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra’.
Erti kata As Samra’ adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak
terbatas. Mereka termasuk orang-orang yang senantiasa berdialog dengan
Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada
taranya.
36. Al-Wirathah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah,
iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para
ulama, pewaris para Nabi. Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar
beribadah sampai melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka
mengasingkan diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi
kecintaannya kepada Allah.
CERITA TENTANG WALI-WALI ALLAH
Kisah Wali Allah yang Solat Di Atas Air
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk
ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal
itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang
kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai
usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas
kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan
diri mereka. Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat
seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang
sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal
yang sedang terumbangambing dan berjalanlah dia di atas air dan
mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama
dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia
berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!”
Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga
itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan
tinggalkan kami!”
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan
berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa.
Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil
berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini? “Wali itu berkata,
“Dekatkan dirimu kepada Allah.” Para penumpang itu berkata, “Apa yang
mesti kami buat?” Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu,
jiwamu akan selamat.” Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka.
Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah,
kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan
membaca Bismillah.”
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas
air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air
sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi
muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah
kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para
penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air
sambil melihat kapal yang tenggelam itu. Salah seorang daripada peniaga
itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?” Wali Allah itu
berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.” Peniaga itu berkata lagi, “Wahai
wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat
harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”
WaliAllah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah
kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di
Madinah?” Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali
Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun
mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada
Allah swt agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.Tidak
berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga
terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap
seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang
ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju.
Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu
terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua
fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.
KARAMAH
Karamah merupakan perkara luar biasa yang berlaku ke atas ulama atau
wali Allah. Mereka adalah golongan insan yang beriman dan beramal soleh,
ikhlas dalam perkataan, perbuatan serta menjadikan seluruh kehidupan
mereka hanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Para kekasih Allah sangat
menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah dan Allah pun senantiasa
memperhatikannya bahkan menjadikan insan soleh tersebut lebih dekat
kepadaNya. Karamah berlaku sepanjang zaman sejak dahulu hingga ke hari
ini. Begitu halnya dari kalangan para sahabat, ramai memiliki karamah
atau kelebihan yang luar biasa. Mereka beriman dengan kejernihan kalbu,
kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya bahkan
kasih sayang mereka terhadap orang mukmin sangat mendalam, sehingga
akhirnya mereka memperoleh darjat yang tinggi.
PENGERTIAN KARAMAH
Karamah berasal dari kata Ikraam yang mempunyai erti
penghargaan dan pemberian. Allah mengurniakan wali-waliNya berbagai
kejadian luar biasa atau yang biasa disebut karamah. Hal itu diberikan
kepada mereka sebagai rahmat dari Allah dan bukan kerana hak mereka.
Karamah biasa disebut sebagai kejadian yang luar biasa yang diberikan
Allah kepada hamba-hambaNya yang selalu meningkatkan taraf ibadahnya dan
ketaatannya. Karamah itu diberikan sebagai suatu pembekalan ilmu atau
sebagai ujian bagi seorang wali. Dan karamah boleh terjadi tanpa sebab
dan tanpa adanya tentangan dari orang lain.
PENJELASAN TENTANG KEJADIAN-KEJADIAN LUAR BIASA
Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara
luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia.
Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4
perkara yang dipuji dan 4 perkara yang dikeji dan menyalahi ajaran
Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru
tentang konsep dan perbezaan perkaraperkara tersebut, kadang-kala
masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti
dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka dijelaskan serba ringkas
tentang perkara-perkara tersebut, agar kita semua dapat membuat
penilaian dengan sebaik-baiknya.
Mukjizat
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi atau rasul untuk menguatkan kenabian dan kerasulannya.
Karamah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang hamba yang salih
atau wali, dan ia tidak mengaku sebagai seorang nabi atau rasul.
Ma’unah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada sebagian orang awam untuk melepaskan dirinya dari kesulitan.
Ihaanah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang pembohong yang
mengaku sebagai nabi, seperti yang pernah diberikan kepada Musailamah Al
Kadzab. Ia pernah meludah di sebuah sumur dengan harapan agar airnya
bertambah banyak, tetapi pada kenyataannya airnya mengering, dan ia
pernah meludah pada mata seorang yang juling, agar matanya sembuh,
tetapi pada kenyataannya mata orang itu menjadi buta.
Istidraj
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku
sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan
kebohongannya.Menurut Ijma’, biasanya seorang yang mengaku sebagai nabi,
maka ia tidak akan diberi kejadian luar biasa.
Irhaas
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi meskipun ia
belum diutus, seperti adanya naungan awan bagi Rasulullah saw di masa
kecilnya.
Sihir
Suatu cara yang dapat menampilkan berbagai perbuatan yang aneh bagi
yang tidak mengerti seluk beluknya, tetapi seluk beluknya itu dapat
dipelajari.
Sya’wazah
Kejadian luar biasa yang biasa timbul di tangan seseorang, sehingga
menimbulkan pesona bagi yang melihatnya meskipun kejadian itu tidak
terjadi.
PERBEZAAN ANTARA KARAMAH DAN ISTIDRAJ
Seseorang yang menginginkan sesuatu, kemudian Allah memberinya, maka
pemberian itu tidak menunjukkan bahawa orang itu mempunyai kedudukan
mulia di sisi Allah, baik pemberian itu bersifat biasa ataupun tidak.
Kemungkinan pemberian itu merupakan anugerah dari Allah, tetapi
kemungkinan pula merupakan istidraj, iaitu pemberian sebagai ujian.
Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:
1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin
bertambah ingkar dan sesat dan pada akhirnya ia akan dimatikan dalam
keadaan kafir. Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.27
27 Surah Al-Qalam :44
2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. 28
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan”29
28 Surah Al-‘Araf: 99
29 Surah Ali ‘Imran: 54
3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka”30
Allah berfirman: “Mereka akan menipu Allah dan orang-orang
beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka
tidak merasakannya”.31
30 Surah An-Nisaa’:142
31 Surah Al-Baqarah: 9
4. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah: “Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa
pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi
hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya”32
32 Surah Ali ‘Imran: 178
5. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman: “Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak”33. Allah berfirman: “Firaun
dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan
yang dibenarkan, dan mereka mengira bahwa mereka tidak akan kembali
kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami
menenggelamkan mereka di dalam laut”34
33 Surah Al-‘Anam: 44
34 Surah Al-Qisas: 33
Dari ayat-ayat di atas, dapat kami simpulkan bahwa antara karamah dan
istidraj ada perbezaan. Seorang yang diberi karamah tidak pernah merasa
senang atas pemberian itu, bahkan ia makin bertambah takut kepada
Allah, sebab ia takut kalau pemberian karamah itu merupakan ujian atau
merupakan istidraj. Lain halnya dengan seorang yang diberi istidraj. Ia
makin maharajalela, kerana ia mendapat anugerah dan ia pun tidak takut
disiksa. Adapun kalau seseorang bergembira ketika ia diberi karamah,
maka ia termasuk orang yang melanggar. Ini disebabkan oleh beberapa
perkara antaranya :-
• Jika seorang diberi karamah, lalu ia bergembira, maka ia termasuk
orang yang menyimpang, kerana ia merasa berhak untuk mendapatkan
anugerah semacam itu disebabkan amal kebajikannya.
• Karamah adalah sesuatu yang di luar kebiasaan Sunnatullah. Seorang
yang diberi karamah, kemudian ia terlalu bangga dengan karamah yang
diperolehinya, bererti ia telah melanggar dan telah menyimpang dari
kebenaran.
• Seseorang yang berkeyakinan, bahwa ia berhak mendapat karamah
kerana amal kebajikannya, maka boleh dikatakan bahawa ia seorang yang
bodoh. Seharusnya ia merasa bahawa semua amal ibadah yang ia kerjakan
merupakan kewajipan baginya terhadap hak Allah. Seharusnya ia selalu
merasa kurang pengabdiannya kepada Tuhannya, tetapi kalau ia merasa
puas, maka ia termasuk orang yang bodoh.
• Seseorang yang diberi karamah, seharusnya ia merasa bahwa karamah
yang diberikan kepadanya hanya untuk menundukkan dirinya makin rendah
dihadapan Allah. Bila seseorang berlaku sebaliknya, maka sudah jelas
orang itu mirip dengan Iblis yang merasa sombong atas kemuliaan yang
diberikan kepada dirinya.
• Karamah itu adakalanya tidak menyebabkan seseorang menjadi mulia.
Seseorang yang bangga ketika mendapat karamah, maka ia terlalu
membesarkan sesuatu yang
biasa. Seseorang yang membesarkan sesuatu yang biasa, maka ia sama
dengan berbuat sesuatu yang sia-sia. Demikian pula, seorang wali yang
bangga dengan karamah, maka ia termasuk seorang yang rendah
kedudukannya.
• Seseorang yang sombong diri kerana kedudukannya, ia sama seperti
Iblis dan Firaun. Nabi saw bersabda: “Ada tiga perkara yang menyebabkan
kebinasaan seseorang. Yang terakhir adalah seorang yang membanggakan
kedudukan peribadinya”.
• Allah berfirman: “Maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu
dan jadilah engkau orang-orang yang berterima kasih. Dan sembahlah
Tuhanmu sampai engkau didatangi kematian”. Berdasarkan ayat di
atas, seseorang yang mendapat kurnia dari Allah, hendaknya ia selalu
rajin menyembah Allah dan mensyukuri semua nikmat yang ia terima,
bukannya makin bertambah ingkar.
• Ketika Nabi saw diberi pilihan untuk memilih, apakah beliau ingin
dijadikan sebagai seorang penguasa dan seorang Nabi, ataukah beliau
ingin dijadikan seorang
hamba dan seorang Nabi, maka beliau memilih pilihan yang kedua.
Kerana itu nama beliau selalu disebut di dalam tasyahud setiap muslim
dalam ucapan: “Wa asyhadu anna Muhammadan abduhu war rasuluh”.
• Seseorang yang selalu bergaul akrab dengan makhluk, maka ia tidak terlalu akrab bergaul dengan Khaliknya.
• Seseorang yang tidak takut dan tidak bertawakkal kepada Allah sudah
tentu ia tidak akan menjadi wali, apa lagi kalau ia selalu menyandarkan
hidupnya kepada dirinya atau kepada orang lain. Jika seseorang dapat
mendatangkan satu perbuatan atau kejadian yang luar biasa, pasti ia akan
mengikutinya dengan pengakuan bagi dirinya, tetapi ada juga yang tidak.
Bagi mereka yang dapat mengikuti dengan pengakuan bagi dirinya dan
dapat mendatangkan sesuatu perbuatan atau kejadian
yang luar biasa, adakalanya ia mengaku sebagai Tuhan, atau sebagai
Nabi, atau sebagai wali, atau sebagai ahli sihir. Dalam perkara ini
dapat kita bahagikan kepada empat bahagian :-
a. Ada yang mengaku sebagai Tuhan:
Ada kalanya orang yang dapat mendatangkan suatu perbuatan atau
kejadian yang luar biasa, maka ia mengaku sebagai Tuhan, seperti yang
dilakukan oleh
Firaun dan yang akan dilakukan oleh Dajjal. Dalam keadaan seperti, ini sudah jelas, bahawa perbuatan orang itu adalah batil.
b. Ada pula yang mengaku sebagai Nabi:
Ini boleh berlaku pada dua kemungkinan, iaitu adakalanya pengakuannya
itu benar, tetapi adakalanya pengakuannya itu bohong. Jika pengakuannya
itu memang benar dan ia benar-benar nabi, maka ia harus mampu untuk
menunjukkan bukti kenabiannya, tetapi jika ia tidak mampu menunjukkan
buktinya, maka ia adalah seorang pembohong.
c. Ada yang mengaku sebagai seorang wali:
Dalam keadaan seperti ini ada yang boleh melakukannya, tetapi ada pula yang tidak mampu.
d. Ada yang mengaku sebagai ahli sihir:
Dalam situasi seperti ini ada kalanya orang-orangnya dapat
membuktikan kepandaiannya, tetapi kaum Mutazilah menolak pendapat ini.
Seseorang yang dapat mendatangkan perbuatan atau kejadian yang luar
biasa tanpa pengakuan bagi dirinya, adakalanya ia seorang wali yang
diredhai oleh Allah, tetapi adakalanya pula ia seorang fasik yang banyak
dosanya. Ada pula yang dapat mendatangkan berbagai kejadian luar biasa,
tetapi ia tidak termasuk orang yang taat kepada Allah,
bahkan orang itu selalu berbuat dosa dan maksiat. Kejadian luar biasa yang ia datangkan itu disebut Istidraj,
iaitu kelebihan yang diberikan kepadanya, agar dosanya dan kejahatannya
makin bertambah dan terus menerus, seperti yang diberikan kepada Iblis
dan syaitan.
TUJUAN KARAMAH
1. Dapat menambah keyakinan kepada Allah.
2. Untuk menguatkan kepercayaan masyarakat kepada seorang wali,
seperti yang terjadi pada masa-masa terdahulu. Berbeza halnya dengan
masa-masa terakhir. Kaum salaf salih tidak pernah memerlukan karamah
sedikit pun.
3. Adanya karamah merupakan bukti anugerah atau pangkat yang
diberikan Allah kepada seorang wali, agar pengabdiannya tetap istiqamah.
DALIL-DALIL WUJUDNYA KARAMAH
Andaikata Allah swt tidak mahu memperlihatkan karamah bagi seorang
mukmin, mungkin kerana Allah swt memang tidak ingin melakukannya, atau
mungkin juga seorang mukmin itu memang belum pantas mendapatkan karamah.
Adapun kemungkinan pertama, dapat memberi penilaian yang tidak baik
terhadap takdir
Allah swt, tentunya hal itu dapat menyebabkan ingkar kepada Dzat
Allah. Sedangkan kemungkinan yang kedua adalah tak mungkin, sebab hal
itu termasuk hal yang batil. Mengetahui Dzat Allah, sifat-sifatNya,
perbuatan-perbuatanNya, hukumhukumNya, nama-namaNya, mencintaiNya,
mentaatiNya dan senantiasa menyebutNya dan memujiNya, tentunya hal itu
lebih mulia dari sekedar memberi se-potong roti, menundukkan seekor ular
atau seekor singa.
Dalil dari Al-Quran
“Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia
dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam, dari mana kamu
memperoleh makanan ini?”. Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi
Allah”. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang
dikehendakiNya tanpa perhitungan”35
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon
itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makanlah,
minumlah dan bersenang hatilah kamu”36
Siti Maryam bukanlah seorang nabi. Tentunya yang terjadi padanya,
seperti yang tertera pada ayat di atas, bukanlah suatu mukjizat, tetapi
suatu karamah.
“ Ashif Ibnu Barkhiya berkata: “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” 37
Seorang hamba yang salih yang bernama Ashif Ibnu Barkhiya mampu
membawa singgasana Ratu Balqis dari Yaman ke Syam hanya dalam waktu
sekelip mata. Padahal ia bukan seorang Nabi. Tentunya kemampuan luar
biasa yang dimilikinya adalah karamah.
35 Surah Al Imran: 37
36 Surah Maryam : 25-26
37 Surah An Naml: 40
“Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah
selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya
Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan
sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu. Dan kamu akan melihat
matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan
bila matahari terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka
berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari
tanda-tanda kebesaran Allah”38
“Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan sembilan tahun”39
Pemuda Ashabul Kahfi seramai tujuh orang berasal dari Syam. Mereka
hidup setelah masa Nabi Isa. Kerana mereka takut kehilangan imannya,
maka mereka bersembunyi di sebuah gua untuk sesaat, tetapi mereka
ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun. Setelah itu mereka dibangunkan
kembali. Anehnya tubuh mereka tidak binasa dimakan masa, kerana itu para
ulama berpendapat bahwa mereka adalah para wali bukan para nabi.
38 Surah Al Kahfi: 16-17
39 Surah Al Kahfi: 25
“Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang
bekerja di laut dan aku bertujuan merusaknya bahtera itu, kerana di
hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.”Dan
adapun anak itu, maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan
kami khawatir bahwa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan
dan kekafiran.”40
40 Surah Al Kahfi: 79
Dari Hadis Antara Karamah Umat Yang Terdahulu
Hadis Pertama
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a, beliau berkata :
“Rasulullah saw pernah bersabda: “Ada tiga lelaki tergolong di antara
orang-orang terdahulu. Pada suatu hari, ketika mereka berjalan di suatu
hutan, maka mereka bermalam di suatu gua. Setelah mereka masuk ke dalam
gua, tiba-tiba sebuah batu besar jatuh tepat di permukaan gua itu dan
menutupinya, sehingga mereka tidak dapat keluar. Kata salah seorang
daripada mereka: “Tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu, kecuali jika
kamu berdoa kepada Allah dan bertawassul dengan perbuatan baik
kamu.Salah seorang di antara mereka berkata: “Dahulu aku
mempunyai ibu bapa yang telah lanjut usia, dan aku tidak pernah makan
malam sebelum mereka makan. Pada suatu hari, keduanya sudah tidur
ketika aku datang membawa segelas air susu. Aku tidak ingin membangunka
mereka. Aku menjaga keduanya semalaman tanpa makan dan minum, dan aku
tetap memegang
gelas susu itu hingga pagi. Ketika keduanya bangun, barulah kuberikan
air susu itu. Ya Allah, jika amalan salihku yang satu itu benar-benar
ikhlas untukMu, maka bebaskan kami dari batu besar ini”. Dengan izin
Allah, batu itu bergeser sedikit dari mulut gua,tetapi mereka masih
belum dapat keluar. Selanjutnya, orang yang kedua berkata: “Dahulu, anak
saudaraku termasuk orang yang paling aku cintai, aku selalu
menggodanya, agar ia cinta kepadaku, tetapi ia selalu menolak.
Pada suatu ketika, ia datang kepadaku dan minta bantuan wang. Aku
ingin membantunya, asalkan ia ingin bercinta denganku. Ia bersetuju
dengan permintaanku kerana terpaksa. Ketika aku hendak memperkosanya,
maka ia berkata: “Sebenarnya engkau tidak boleh memecahkan
keperawananku, kecuali dengan cara yang sah”. Maka aku segera
meninggalkannya dan aku tidak minta kembali wangku. Ya Allah, jika
Engkau tahu, bahwa perbuatanku itu keranaMu, maka selamatkanlah kami
dari batu besar ini”. Dengan izin Allah batu besar itu bergeser sedikit,
tetapi mereka belum dapat keluar.
Selanjutnya orang yang ketiga berkata: “Dahulu aku mempunyai banyak
pegawai, aku selalu memberi upah mereka tepat pada waktunya, dan aku
tidak pernah merugikan mereka. Pada suatu kali salah seorang pegawaiku
meninggalkan tempatku tanpa meminta upahnya. Selanjutnya, upah itu aku
kembangkan dan aku belikan binatang ternak serta lembu abdi. Setelah
beberapa waktu binatang ternak itu berkembang menjadi besar. Sampai pada
suatu waktu ia datang kepadaku untuk meminta upahnya. Kataku: “Semua
binatang ternak dan lembu abdi yang kau lihat di lembah itu adalah
upahmu”. Kata lelaki itu: “Wahai hamba Allah, apakah engkau
mempermainkan aku”. Kataku: “Aku tidak mempermainkan kamu”. Maka ia
membawa pergi semua binatang ternak dan para abdi itu. Ya Allah, jika
perbuatanku benar-benar ikhlas keranaMu, maka bebaskanlah kami dari
himpitan batu besar ini”.
Maka dengan izin Allah batu besar itu bergerak, sehingga ketiga orang itu dapat keluar dengan selamat.41
41 Hadis Hasan Sahih, Muttafaq Alaih
Hadis Kedua
Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw. Pernah bersabda :
“Tidak ada seorang bayi yang dapat berbicara ketika masih dibuaian
ibunya, kecuali tiga orang, iaitu Isa putra Maryam as, seorang bayi di
masa Juraij An Nasik, dan seorang bayi lainnya. Tentang Isa putra
Maryam, kamu telah mengetahui kisahnya.
Tentang Juraij, ia adalah seorang ahli ibadah dari kalangan Bani
Israil. Ia mempunyai seorang ibu. Juraij gemar ibadah. Ketika ibunya
rindu kepadanya, maka ia memanggil nama Juraij. Tetapi Juraij tidak
memenuhi panggilan ibunya, ia hanya berkata: “Ya Allah, apakah sebaiknya
aku memenuhi panggilan ibuku, ataukah
aku meneruskan ibadahku?” Ibunya memanggilkannya sampai tiga kali,
tetapi Juraij masih meneruskan ibadahnya tanpa memenuhi panggilannya.
Maka ibunya kecewa, sehingga ia berdoa :
“Ya Allah, jangan Engkau matikan putraku itu sampai setelah Engkau
menemukannya dengan seorang wanita pelacur”. Kebetulan di tempat itu,
ada seorang wanita pelacur. Ia berkata: “Aku akan merayu Juraij sampai
ia berbuat zina denganku”. Maka ia mendatangi Juraij dan merayunya,
tetapi Juraij tidak mempedulikannya. Akhirnya wanita pelacur itu merayu
seorang petani yang kebetulan bermalam di samping tempat ibadah Juraij,
sampai ia hamil dari petani itu. Selanjutnya ia mendatangi Juraij sambil
membawa anak haramnya dari si petani. Kemudian ia berkata kepada orang
banyak: “Bayiku ini adalah dari hasil hubungan gelapku dengan Juraij”.
Mendengar ucapan wanita pelacur itu, maka Bani Israil mendatangi tempat
ibadah Juraij, kemudian mereka menhancurkannya dan merejam Juraij secara
beramai-ramai. Maka Juraij melakukan solat dan ia berdoa. Kemudian ia
menyentuh tubuh bayi itu dengan jari telunjuknya seraya berkata:
“Wahai anak bayi, siapa ayahmu?” Anak bayi itu berkata: “Ayahku
adalah seorang petani”. Maka masyarakat Bani Israil menyesali
perbuatannya terhadap Juraij dan mereka minta maaf kepadanya. Mereka
berkata: “Kalau engkau mahu, kami akan
membangun kembali tempat ibadahmu dari emas atau perak, tetapi
tawaran mereka ditolak, sehingga mereka membangunnya kembali seperti
semula. Itulah kisah bayi yang dapat berbicara di masa Juraij.
Adapun kisah bayi yang lain, ada seorang wanita yang tengah menyusui
anak bayinya. Ketika ada seorang pemuda tampan lewat di depannya, maka
ibunya berkata: “Ya Allah, jadikan putraku ini seperti pemuda itu.” Maka
dengan spontan bayinya berkata: “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku
seperti pemuda itu.” Selanjutnya ketika ada seorang wanita yang
tertuduh mencuri dan berzina sedang lewat di depan ibunya, maka ia
berkata: “Ya Allah, jangan Engkau jadikan putraku ini seperti wanita
itu”. Maka bayinya berkata: “Ya Allah, jadikan aku sepertinya”. Maka
ibunya bertanya: “Mengapa engkau berdoa seperti itu?” Bayinya
berkata: “Pemuda tampan yang lewat di sini tadi adalah seorang yang
bengis dan kejam dan aku tidak ingin menjadi sepertinya. Adapun si
wanita yang dituduh sebagai pencuri dan pelacur, sebenarnya ia bukan
pencuri mahupun pelacur, dan ia hanya berkata: “Aku hanya pasrahkan
diriku kepada Allah”.42
42 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
ANTARA KARAMAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW.
Pertama
Dari Abu Saeed Al-Khudri, beliau berkata : “Pada suatu malam ketika
Usaid ibnu Khudhair sedang membaca Al Qur’an di pekarangan rumahnya,
tiba-tiba kudanya melonjak-lonjak, sampai ia menghentikan bacaannya.
Kemudian ketika ia melanjutkan bacaannya lagi, anehnya, kudanya
melonjak-lonjak lagi, sampai ia menghentikan bacaannya. Kata Usaid:
“Maka aku takut kalau kudaku menginjak Yahya, putraku. Ketika aku
berdiri, tiba-tiba aku lihat di atas kepalaku ada naungan cahaya dan ia
membumbung ke atas lambat-lambat sampai menghilang dari pandanganku.
Kedua
Dari Aisyah r.a, beliau berkata :
“Abu Bakar Ash Shiddiq pernah memiliki dua puluh gantang buah kurma
yang diberikan kepadaku. Ketika saat kematiannya tiba, maka ia berkata;
“Wahai putriku, tidak seorang pun yang lebih kucintai dan lebih aku
takuti kesusahannya darimu, dulu aku pernah berikan kepadamu dua puluh
gantang buah kurma, kalau dulu telah engkau pakai, tentunya aku tak akan
mempersoalkannya, tetapi pada hari ini harta itu akan jadi harta waris
setelah aku tiada. Harta itu boleh engkau bagi dengan kedua saudara
lelakimu dan kedua saudara perempuanmu, bagilah harta
waris itu menurut hukum Kitabullah.” Kata Aisyah: “Maka aku berkata:
“Wahai ayah, kami tidak keberatan untuk membaginya, tetapi putrimu hanya
Asma dan aku, maka siapakah putrimu yang lain?” Kata Abubakar: “Kini ia
masih dalam perut ibunya,
yaitu Habibah binti Kharijah ibnu Zaid, kulihat, ia adalah perempuan.”
Setelah ia wafat, memang benar yang lahir adalah anak perempuan, ia diberi nama Ummu Kaltsum binti Abubakar.43
43 Hadis riwayat Malik dalam kitab Al-Muwatha’
BAGAIMANA TERJADINYA KARAMAH
Tingginya kemahuan seorang wali untuk mengabdikan dirinya kepada
Allah, adakalanya menyebabkannya diberi karamah oleh Allah. Tetapi
adakalanya juga tidak. Adapun pemberian karamah adalah agar seorang wali
semakin menjaga dirinya, agar ia tidak salah langkah dan sikap terhadap
Allah. Jiwa manusia, meskipun ia tetap satu, tetapi berbeza dalam
pengkhususannya. Setiap jiwa mempunyai pengkhususan tersendiri yang
tidak dimiliki oleh lainnya. Jadi pengkhususan masing-masingnya adalah
fitrah. Jiwa para nabi mempunyai pengkhususan tersendiri yang mampu
mengenal Allah dengan sepenuhnya dan mampu berbicara dengan para
malaikat, kerana telah mendapat keizinan dari Allah. Pokoknya kemampuan
mereka adalah kurniaan Ilahi dan bantuan Rabbani.44 Dalam hal ini, Ibnu
Khaldun pernah berkata: “Jiwa para auliya’ mempunyai pengaruh yang erat
dengan alam semesta dan hal itu merupakan bantuan dari Allah yang
disesuaikan dengan kejernihan jiwa, kekuatan iman, keteguhan mereka
dengan agama Allah, sehingga seorang wali tidak akan berbuat apapun,
kecuali setelah mendapat perintah atau restu dari Allah. Kalau ada di
antara mereka yang berbuat sesuatu tanpa izin dari Allah, maka
karamahnya segera ditarik oleh Allah.”45
44 Mukaddimah Ibnu Khaldun, jilid III hal 1148
45 Mukaddimah Ibnu Khaldun jilid III hal 1148
JENIS-JENIS KARAMAH
1. Pemberian
Karamah jenis ini, termasuk karamah yang tertinggi, sebab terjadinya
kerana pemberian Allah kepada seorang tanpa diminta lebih dulu.
2. Usaha Sendiri
Karamah jenis ini termasuk karamah yang diusahakan, misalnya terkabulnya sebuah doa seorang wali.
PEMBAHAGIAN KARAMAH
Pertama : Karamah Hissiyyah
Iaitu karamah yang dapat dirasa dan dilihat dengan mata, seperti dapat berjalan di atas air atau dapat terbang di udara.
Kedua : Karamah Ma’nawiyyah
Iaitu Istiqamahnya seseorang untuk mengabdi kepada Tuhannya, baik
secara zahir maupun batin. Karamah macam ini banyak diharapkan para
wali-wali Allah. Kata mereka: “Istiqamah lebih baik dari seribu karamah.”
Syeikh Abul Abbas Al Mursi pernah berkata: “Seorang wali besar,
bukanlah seorang yang dapat memperdekatkan jarak yang jauh. Yang
termasuk wali besar adalah seorang yang dapat mengendalikan hawa
nafsunya di hadapan Tuhannya.”46
Jika seorang wali hanya berharap mendapat karamah, maka wali itu
tidak termasuk wali yang berperingkat tinggi. Ibnu Athaillah pernah
berkata: “Kemahuan yang tinggi tidak sampai menembusi tembok-tembok takdir.”47 Maksud
ucapan itu adalah karamah tidak akan bertentangan dengan ketetapan
takdir. Sebab, semua yang terjadi di alam semesta, baik yang biasa
mahupun yang luar biasa sumbernya dari takdir Allah swt. Pada umumnya,
kemahuan seorang wali tidak akan bertentangan dengan takdir Allah.
Abu Hurairah menyebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Adakalanya seorang hina yang biasa ditolak bila mengetuk pintu orang, namun jika ia berdoa, pasti terkabul.”48
46 Lathaiful Minan
47 Syarah Al Hikam
48 Hadis riwayat Muslim
Di lain kesempatan Rasulullah saw bersabda:
“Takutlah kamu dengan firasat seorang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah.”49
49 Hadis riwayat Tirmidzi, Thabrani, Ibnu Adi dan An Najar di dalam kitab At Tarikh
CONTOH-CONTOH KARAMAH
1. Dapat Menghidupkan Mayat
Imam Taajus Subki memberi contoh karamah Abi Ubaid Al Busri. Beliau
pernah berdoa kepada Allah agar kudanya yang mati ditengah medan perang
dihidupkan kembali. Doa beliau terkabul dan kuda Abi Ubaid akhirnya
hidup kembali.
Pernah Mifraj Ad Damamini berkata kepada anak burung yang telah
dipanggang: “Terbanglah wahai burung dengan izin Allah”. Ucapan beliau
terkabul dan burung itu hidup kemudian terbang.
Syeikh Ahdal pernah memanggil kucing yang telah mati. Akhirnya kucing itu hidup dan datang kepada Syeikh Ahdal.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pernah berkata kepada seekor ayam yang
baru di makan dagingnya: “Hai ayam hiduplah kau dengan izin Zat yang
dapat menghidupkan tulang belulang”.
Dengan izin Allah, tulang belulang tersebut berubah wujudnya menjadi ayam kembali.
Pernah Abi Yusuf Dahmani berkata kepada seorang mayat:
“Hai fulan, hiduplah dengan izin Allah”. Ucapan beliau terkabul sehingga mayat itu hidup kembali selama beberapa waktu.
Imam Subki pernah bercerita: “Aku pernah dengar kisah Syeikh
Zainuddin Al Faruqy Asy Syafi’i, bahawa pada suatu hari ada seorang anak
kecil jatuh dari atap rumahnya lalu mati. Ketika Syeikh Zainuddin
melihat kejadian itu, beliau berdoa kepada Allah. Maka dengan izin
Allah, anak kecil yang mati itu hidup kembali.
Selanjutnya Imam Subki berkata: “Sesungguhnya kejadian semacam itu
tidak terhitung banyaknya. Dan aku yakin benar adanya karamah seperti
itu. Hanya saja yang belum pernah kudengar adanya seorang wali yang
dapat menghidupkan orang
mati yang telah lama atau yang sudah menjadi tulang belulang. Yang
kami dengar hanyalah pada diri sebagian Nabi di zaman dulu.Dan itu pun
merupakan suatu mukjizat baginya. Bukan termasuk jenis karamah. Yang
mungkin terjadi pada diri seorang Nabi terdahulu adalah menghidupkan
suatu kaum yang telah mati beberapa abad, kemudian mereka dihidupkan.
Dengan izin Allah kaum itu hidup selama beberapa waktu. Yang tidak
mungkin terjadi dimasa ini adalah adanya seorang wali yang menghidupkan
Imam Syafi’i atau Abu Hanifah, kemudian keduanya dapat hidup lama dan
bergaul dengan masyarakat seperti pada waktu sebelumnya.
2. Berbicara Dengan Orang Mati
Jenis karamah seperti ini lebih banyak dari jenis karamah di atas.
Tentang hal ini Imam Subki memberi contoh karamah Syeikh Abu Said Al
Kharaz dan karamahnya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Dan kisah karamah
ayahnya, Syeikh Taqiuddin As Subki.
3. Berubahnya Sesuatu Menjadi Bentuk Yang Lain
Jenis karamah ini pernah terjadi pada diri Syeikh Isa Al Hataar Al
Yamani. Disebutkan bahawa ada seorang ingin menguji karamah Syeikh Isa
Al Hattar. Ia menyuruh pelayannya membawa dua botol minuman keras kepada
beliau. Setelah kedua botol itu diterima oleh Syeikh Isa, maka ia
menuang isi kedua botol itu seraya berkata kepada sebilangan orang yang
ada di sisinya: “Minumlah minyak samin ini”. Maka minuman keras yang ada
di kedua botol itu berubah menjadi minyak samin yang rasanyaamat lazat.
Kisah karamah jenis ini sering terjadi.
4. Jarak Jauh Menjadi Dekat:
Karamah seperti ini pernah terjadi pada diri seorang wali yang berada
di Masjid kota Tursus (Turki). Wali tersebut pernahtergerak dalam
hatinya ingin pergi ke Masjidil Haram, kemudian beliau memasukkan
kepalanya dikantungnya lalu mengeluarkannya kembali. Maka dengan izin
Allah, wali itu telah berada di Masjidil Haram . Kisah semacam ini pada
umumnya dikisahkan secara berurutan dari orang-orang yang dapat
dipercaya.
6. Berbicara Dengan Benda Dan Binatang:
Karamah seperti ini tidak dapat diragukan kewujudannya. Karamah ini
pernah terjadi pada diri seorang Sufi yang bernama Ibrahim Bin Adham.
Beliau pernah mendengar suara dari pohon delima yang minta dimakan.
Ketika Ibrahim Bin Adham makan buahnya, tiba-tiba pohon itu bertambah
tinggi dan buahnya yang masam berubah jadi manis, serta dapat
menghasilkan dua kali setiap tahun.
7. Dapat Menyembuhkan Penyakit:
Karamah seperti ini pernah terjadi pada Syeikh Sirri As-Saqathi.
Seorang pernah menemuinya ketika beliau sedang menyembuhkan orang yang
sakit kusta dan buta. Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah berkata kepada
seorang anak yang sakit lumpuh, buta dan kusta: “Berdirilah engkau
dengan izin Allah”. Dengan izin Allah, maka anak tersebut segera bangun
tanpa suatu cacat pun.
8. Ditakuti binatang
Karamah seperti ini pernah terjadi pada diri Abu Said ibnu Abil Khair
Al Maihani. Singa dan binatang yang lain takut kepadanya. Ada pula
sebahagian wali yang dipatuhi segala benda seperti yang terjadi pada
diri Syeikhul Islam Izzudin Ibnu Abdis Salam beliau pernah berkata
kepada angin di waktu peperangan antara kaum Muslimin dan umat Nasrani:
“Hai angin terbangkan musuh-musuh kami”. Dengan izin Allah kaum Nasrani
diterbangkan angin dan dilempar ke tanah sampai binasa.
9. Waktu lebih cepat dan waktu lebih panjang
Karamah seperti ini sukar diterangkan kepada orang awam hanya saja
orang terdahulu semuanya mempercayai akan terjadinya panjangan dan
singkatnya waktu. Karamah seperti ini banyak terjadi.
11. Terkabulnya Segala Doa.
12. Dapat Menahan Lisan Seseorang Yang Sedang Berbicara.
13. Diberitahu Tentang Sesuatu Yang Akan Terjadi Dan Diperlihatkan Sesuatu Yang Tersembunyi.
15. Dapat Menahan Lapar dan Minum Dalam Waktu Yang Panjang.
16. Dapat Menjalankan Sesuatu Dengan Kehendaknya.
Karamah seperti ini banyak di alami oleh para wali. Diriwayatkan
bahawa sebahagian wali ada yang diikuti oleh hujan. Salah seorang dari
mereka bernama Syeikh Abul Abbas As Syatir, ia sering menjual hujan
dengan harga beberapa dirham. Kisah semacam ini banyak terjadi, sehingga
sukar untuk dimungkiri kewujudannya.
17. Mampu Untuk Makan Banyak
18. Terjaga Dari Makanan Yang Haram
Karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang bernama Al
Haritsul Muhasibi, iaitu ketika beliau mendengar suara dari makanan yang
hendak dimakannya, bahawa makanan itu diperolehi dengan cara yang
haram. Setelah beliau mengerti bahawa makanan itu adalah makanan haram,
maka segera beliau meninggalkan makanan itu.
19. Dapat Melihat Dari Belakang Hijab:
Jenis karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang
bernama Abu Ishak As-Syirazi. Beliau dapat melihat Ka’bah sedangkan
beliau berada di kota Baghdad.
20. Diberi Kehebatan Dan Kebesaran Peribadi
Adakalanya seorang wali diberi kehebatan peribadi yang dapat
menyebabkan kematian orang tertentu ketika ia melihat diri wali
tersebut. Hal ini pernah terjadi pada seorang pembesar yang mati ketika
berhadapan dengan Abu Yazid Al Busthami. Adakalanya seorang yang
berhadapan dengan seorang wali seperti ini, maka ia akan tunduk, bahkan
akan mengakui apa sahaja yang tersembunyi dalam hatinya. Kejadian
seperti ini banyak terjadi.
21. Diberi Perlindungan
Mendapat perlindungan Allah dari segala kejahatan yang akan menimpa.
Bahkan kejahatan yang semula direncanakan itu akan berbalik jadi
kebaikan. Hal ini terjadi pada diri Imam Syafi’I apabila beliau akan
dihukum oleh khalifah Harun Rasyid, tetapi akhirnya dengan izin Allah
beliau dibebaskan.
22. Dapat Berubah Bentuk
Karamah seperti ini dikenali di kalangan ahli Sufi dengan “Alamul
Mithsal, iaitu antara alam yang nyata dan alam arwah. Orang yang yang
mendapat karamah seperti ini dapat berubah bentuk dan berpindah tempat
dengan bebas. Karamah seperti jenis ini pernah di alami oleh seorang
wali yang bernama Qadhibul Bani. Orang yang tidak mengenal beliau akan
menyangkanya tidak pernah melakukan solat dan ia membencinya. Pada suatu
hari, ketika beliau dicela oleh seorang yang menyangkanya tidak pernah
melakukan solat, di saat itu Allah memperlihatkan karamahnya, sehingga
beliau dapat berubah dalam beberapa bentuk yang menunjukkan bahawa
beliau sedang melakukan solat. Beliau bertanya : “Dalam gambaran atau
bentuk manakah yang kamu lihat aku tidak solat?” Perkara serupa ini
pernah terjadi pula pada seorang wali yang pernah dilihat oleh seorang
ketika beliau sedang berwudhu di Masjid Sayufiah di Cairo. Orang itu
menegur: “Hai orang tua, nampaknya cara kamu berwudhu itu tidak tertib”.
Jawab si wali: “Aku tidak pernah berwudhu dengan cara yang tidak
tertib. Hanya saja anda tidak dapat melihatku, kalau anda dapat melihat,
pasti kamu akan melihat ini”. Beliau berkata demikian sambil memegang
tangan orang itu, sampai ia dapat melihat Ka’bah, kemudian beliau
membawanya ke Mekkah dan menetap di sana selama beberapa tahun.
23. Dibukakan Segala Sumber Kekayaan Bumi
Jenis karamah seperti ini pernah dialami oleh Abu Turab, ketika
beliau menghentakkan kakinya ke bumi, maka Allah mengeluarkan air dari
tanah itu. Kata Imam Subki: “Di antara jenis karamah seperti ini ialah
terpancarnya sumber mata air di musim kemarau dan bumi tunduk pada
seorang yang memukulkan kakinya ke bumi”. Pernah diceritakan bahawa ada
seorang yang berjalan ke kota Mekkah untuk berhaji. Dalam perjalanan itu
ia merasa haus sekali. Namun ia tidak mendapat seteguk air pun.
Kemudian ia menemui seorang fakir yang bertongkat. Tepat di tempat itu
terpancarlah sumber mata air yang dapat memberikan minuman kepada para
jemaah haji yang sedang lewat di tempat itu. Semua jemaah haji yang
lewat di tempat itu membekali dirinya dengan air yang terpancar di bawah
tongkat si fakir.
24. Diberikan Kemampuan Untuk Mengarang Berpuluh-Puluh Karangan Dalam Masa yang Singkat
Biasanya pekerjaan seberat itu tidak mungkin dilaksanakan oleh
seorang yang banyak disibukkan dalam pembahasan berbagai macam ilmu
pengetahuan. Adakalanya untuk menulis sebuah karangan sahaja seorang
akan menghabiskan seluruh umurnya. Apalagi akan menulis berpuluh-puluh
buah karangan dalam waktu yang sangat singkat. Karamah semacam ini
termasuk jenis karamah waktu dapat menjadi panjang. Jenis karamah ini
pernah dialami oleh Imam Syafi’I Rahimullah. Beliau mampu mengarang
berpuluh-puluh kitab, padahal sebenarnya waktunya tidak akan cukup untuk
melakukan hal itu, disebabkan kesibukan beliau sehari-harinya untuk
mengkhatamkan Al Qur’an setiap harinya dengan bacaan yang penuh oleh
tadabbur dan di bulan Ramadhan pun beliau dapat mengkhatamkannya dua
kali setiap harinya. Di samping itu, beliau juga disi-bukkan oleh
banyaknya memperdalami ilmu pengetahuan, memberikan pelajaran, berzikir
dan banyaknya penyakit yang dialaminya. Dalam suatu riwayat dikatakan
bahawa beliau menderita tiga puluh macam penyakit. Karamah semacam ini
dialami juga oleh Imamul Haramain Abul Ma’ali Al Juwaini. Dengan umur
yang tidak panjang, beliau mampu mengarang beberapa buah kitab.
Sebenarnya umur yang sependek itu tidak akan cukup untuk mengarang
berpuluh-puluh kitab disebabkan kesibukan beliau dalam belajar dan
mengajar serta berzikir.
Jenis karamah seperti ini diberikan juga kepada seorang wali yang
mampu mengkhatamkan Al Quran sebanyak lapan kali dalam sehari. Imam
Nawawi juga diberi Allah kemampuan untuk mengarang berpuluh-puluh kitab
dalam waktu singkat. Sebenarnya umur beliau yang sedemikian itu tidak
cukup untuk mengarang kitab sebanyak itu. Ditambah lagi dengan berbagai
macam ibadah yang beliau lakukan setiap harinya. Karamah seperti ini
diberikan juga kepada Imam Taqiuddin As Subki. Beliau mampu menulis
berpuluh-puluh kitab. Sebenarnya umur yang sependek itu tidak akan cukup
untuk menulis kitab sebanyak itu disebabkan beliau sangat sibuk memberi
pengajaran, tekun beribadat, banyak membaca Al Quran dan berzikir.
Sebenarnya jika kita hitung pekerjaan besar yang dikerjakannya dengan
umurnya yang singkat, pasti tidak cukup untuk memenuhi sepertiganya,
namun Allah memberinya barakah dalam umur, sehingga beliau dapat
merampungkan segala tugas besar dipikulnya.
25. Terhindar Dari Terkena Racun
Jenis karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang
diancam oleh seorang raja zalim. Raja zalim itu berkata: “Tunjukkanlah
padaku bukti kebenaranmu, jika tidak, aku akan hukum kamu”. Pada waktu
itu si wali melihat dekatnya kotoran unta. Maka ia berkata: “Lihatlah
itu”. Tiba-tiba kotoran unta itu jadi sebungkal emas. Kemudian ia
melihat sebuah tempat air yang tidak ada airnya. Si wali itu melemparkan
tempat air yang kosong itu ke udara. Ketika tempat air itu jatuh
tiba-tiba telah berisi air penuh dan tempat air itu terjungkir. Namun
air yang di
dalamnya tidak tertumpah setitik pun. Melihat kejadian tersebut raja
itu hanya berkata: “Ini hanyalah perbuatan sihir belaka”. Kemudian raja
memerintahkan untuk melemparkan si wali ke dalam api yang
bernyala-nyala. Tidak lama si wali tersebut segera keluar dan menarik
putera raja yang masih kecil ke tengah api yang sedang menyala. Melihat
kejadian ini raja hampir jadi gila, kerana putera satu-satunya diseret
ke tengah api yang sedang menyala. Setelah beberapa saat, si wali keluar
bersama putera raja itu dari api, sedang ditangan kanan putera raja itu
memegang buah apel dan dikirinya memegang buah delima. Raja bertanya
pada puteranya: “Wahai puteraku, dari mana kamu tadi?” Jawab si putra:
“Aku dapat dari sebuah kebun”.Mendengar keterangan putera raja itu para
pembesar kerajaan hanya berkata: “Itu hanyalah suatu sihir belaka”.
Kemudian raja berkata kepada si wali: “Jika kamu dapat minum racun ini,
aku akan percaya padamu”. Setelah itu, si wali minum racun itu. Namun ia
tidak mati hanya bajunya sahaja yang koyak. Kemudian ditambah lagi
meminum racun. Setiap kali minum racun ia tetap hidup hanya bajunya saja
yang koyak-koyak. Pada terakhir kali ketika ia diberi minuman racun
lagi bajunya tidak koyak dan ia pun selamat.
Di antaranya pula ada yang dibukakan baginya alam ghaib di hadapan
pandangan matanya, sehingga ia dapat melihat apa saja yang terselubung
di sebalik dinding, bahkan ia dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh
orang dirumahnya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah kasyaf.
Misalnya jika seorang wali mendatangi rumah seorang yang telah berbuat
zina atau mabuk atau mencuri atau berbuat maksiat, maka wali itu dapat
mengetahuinya, seperti yang terjadi pada Syeikh Ibnu Arabi. Mukasyafah
semacam ini dikhususkan bagi mereka yang hidup secara wara’. Di
antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui gerak geri
orang, misalnya seorang wali bergerak hatinya ingin bertemu dengan
gurunya, maka gurunya segera hadir di hadapannya.
Ada pula jenis karamah berupa didatangkannya sebuah pohon kepada
seorang wali, kemudian wali itu menikmati buah dari pohon yang hadir di
hadapannya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui
segala jenis batu-batu mulia dan logam-logam mulia yang ada di perut
bumi, meskipun demikian, seorang wali yang diberi karamah jenis ini
tidak memperdulikan sedikit pun tentang harta kekayaan yang terpendam
itu.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa ilmu yang dapat
memahami segala ucapan benda-benda yang mati, sehingga seorang wali yang
diberi karamah seperti ini, ia dapat mendengar ucapan tasbih
benda-benda yang mati. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat
mengetahui segala rahsia benda-benda yang hidup. Di antaranya pula ada
yang diberi karamah segala macam ilmu pengetahuan, baik yang berupa
ilmu-ilmu zahir mahupun ilmu-ilmu bathin. Seorang yang diberi karamah
berupa ini, ia akan dapat memahami berbagai macam persoalan dunia dan
akhirat. Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa
tingkatantingkatan Al Quthbiyah. Di antaranya pula ada yang diberi
karamah pengetahuan dan kasyaf, sehingga dapat membezakan mana-mana
pendapat mazhab-mazhab yang benar.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melihat dan mendengar
hal-hal yang ghaib, sehingga antara yang terang dan yang terselubung
tidak ada beza baginya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat
berbicara dengan makhluk alam malakut dan dapat mendengar guratanguratan
pena di Lauh Mahfuz. Di antaranya pula ada yang diberi karamah tidak
tersentuh makanan, minuman dan pakaian yang berasal dari hasil syubhat,
apa lagi yang haram. Jenis karamah ini, biasanya si wali diberi tanda
tertentu oleh Allah jika ada makanan, minuman dan pakaian dari hasil
syubhat yang menyentuh dirinya. Di antara yang mendapat karamah macam
ini adalah ibunya Abu Yazid Al Bustami. Setiap kali ia mendapat makanan
atau minuman yang syubhat, maka tangannya berpeluh dan gementar,
sehingga ia harus menjauhi makanan dan minumannya.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa makanan atau minuman
sedikit yang dihidangkan dapat menjadi banyak. Karamah ini pernah
diberikan kepada Syeikh Abu Abdullah At Tawudi ketika ia menyuruh
kawannya ke tukang jahit, maka ia mengeluarkan sepotong kain yang sempit
dari balik bajunya, kemudian ia menyuruh kawannya untuk membawanya ke
tukang jahit seraya berkata: “Dari kain yang sempit ini buatlah pakaian
yang cukup untuk beberapa orang”. Nyatanya kain yang sedemikian sempit
itu dapat mencukupi pakaian untuk beberapa orang.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat menjadikan air masin
atau payau menjadi air tawar dan segar. Karamah seperti ini pernah
diberikan kepada Syeikh Abdullah Ibnul Ustad Al Marwazi sahabat Syeikh
Abu Madyan. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat berjalan di
atas udara seperti ketika ia berjalan di atas bumi. Di antaranya pula
ada yang diberi karamah dapat berkata-kata dengan makhluk alam arwah,
sehingga ia dapat mengetahui keadaan mereka yang sudah wafat, walaupun
telah wafat bertahuntahun. Di antaranya pula ada yang diberi karamah
dapat melenyapkan dirinya dari alam wujud ke alam ghaib, sehingga ia
dapat menghilang dari suatu majlis tanpa pengetahuan mereka yang hadir.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melangkahi bumi yang
luas hanya dengan satu langkah atau hanya dengan sekejap mata, sehingga
ia dapat solat Zuhur di Mekkah, kemudian solat Asar di tanah
kelahirannya.
Inilah beberapa contoh karamah yang diberikan oleh Allah kepada para
wali Allah untuk membuktikan kekuasaan Allah pada para makhluk Allah
yang tidak percaya akan wujudnya karamah.
MENGAPAKAH KITA MESTI MENGENALI WALI ALLAH DAN KARAMAH MEREKA?
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman :
‘Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.’
(Yusuf : 111)
Kandungan Al-Quran berkisar mengenai keseluruhan aspek kehidupan
termasuk hukum, peradaban, perekonomian, kisah-kisah dan banyak lagi.
Antara isi yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan kisah-kisah
kehidupan para Nabi-Nabi, kehidupan ummat-ummat terdahulu serta
pengajaran-pengajaran yang terdapat didalam kisah mereka.
Apabila kita membahaskan tentang kewalian serta karamah mereka, tidak
mungkin kita mengenepikan kepentingan kehidupan para Nabi dan Rasul
serta Mukjizat-mukjizat mereka. Terkenanglah kita kepada kisah Nabi Musa
serta tongkat dan cerita terbelahnya Sungai Nil. Tak lupa juga kita
Allah s.w.t. menggambarkan dengan begitu nyata sekali penggambaran
perbicaraan semut yang didengari oleh Nabi Sulaiman a.s. Kisah Nabi
Khidhir dan cara beliau menuntun Nabi Musa menjadi iktibar kepada kita.
Maka tentu sekali, selepas kisah-kisah mereka kita hayati, kita
berkunjung pula kepada kisah-kisah manusia awam yang telah digambarkan
Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dengan kelebihan serta karomah mereka.
Kisah Siti Mariam serta makanan yang dihidangkannya, kisah Ashabul Kahfi
dan tidur mereka yang lama dan banyaklah kisah yang lain. Maka jika
Al-Quran telah mengisikan kisah-kisahnya dengan mereka, maka menjadi
kewajiban kitalah mengenali orang-orang yang dicontohi Al-Quran sebagai
mereka yang soleh yang dikasihi Allah s.w.t.
Maksud ini, membuktikan kepentingan mengenali para kekasih Allah
serta keperibadian dan kelebihan mereka. Ajakan Nabi Muhammad s.a.w.
kepada Saidina Umar dan Saidina Ali untuk mencari Uwais Al-Qarni
menguatkan kepentingan mengenali mereka yang dekat dengan Allah. Imam
Al-Ghazali, Hujjatul Islam sendiri, menggalakkan berteman dengan mereka
yang dekat dengan Allah serta mengikuti peribadi mereka. Kehidupan para
ulama termasyhur seperti Syekh Abdul Qadir Jailani, Imam As-Syafi’e dan
lain-lain membuktikan kepada kita kepentingan mengenali orang-orang
soleh serta karamah mereka yang merupakan pemberian murni dari Allah
s.w.t. disebabkan kesolehan, keperibadian dan perjuangan mereka.
KESIMPULAN
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu,
tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih
hati. Mereika itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia
dan akhirat”
Terceduklah sudah sedikit dari khazanah Allah s.w.t. didalam kita
membicarakan kehidupan para wali Allah serta karamah mereka. Mungkin
kini, selepas ilmunya dapat kita ceduk, marilah kita bertafakkur,
berusaha serta menghulurkan tangan kita kepada Allah s.w.t. supaya kita
ini tergolong dalam golongan mereka yang mengenali wali-wali Allah dan
mendapatkan inayah Allah mendekati diri kepada Allah s.w.t.
Faham dan amal manhaj ASWJ http://fahamislam.com/forum/index.php